- Get link
- X
- Other Apps
📷Michelin Motorsports |
Ketika perbincangan dengan pasukan-pasukan tentang konsesi tempoh hari, ada topik yang menarik perihal format MotoGP.
Beberapa pasukan telah mencadangkan MotoGP supaya mengabaikan keputusan P1(practice 1) dan hanya mengambil kira sesi P2(practice 2) untuk sesi kelayakan (QP).
Ini kerana sejak adanya Sprint Race, masa untuk setiap pasukan membuat tetapan pada jentera sangatlah terhad. Catatan masa pelumba hanya dikira berdasarkan jumlah gabungan masa P1 dan P2 berbanding dulu yang mempunyai FP3 untuk mengira catatan masa kelayakan. P3 kali ini adalah seperti FP4 yang tidak dikira dalam sesi kelayakan.
Dulu
FP1 + FP2 + FP3 = 10 Teratas Q2
Pada hari pertama di sesi pertama, pasukan perlu bertungkus lumus untuk setup motor supaya pelumba dapat memberikan yang terbaik di sesi P1.
Ini sedikit sebanyak, tetapan jentera yang dibuat belum bersedia dan dalam masa yang sama memberi sedikit tekanan kepada pelumba supaya buat yang terbaik. Lebih mencabar, apabila setiap sesi mempunyai keadaan cuaca dan litar yang bebeza.
Sebagai Contoh, pada awal pagi P1, keadaan kering namun di sebelah petang P2, hujan mula turun dan kesemua pelumba tidak dapat memperbaiki catatan masa dan siapa 10 teratas P1 akan tembus Q2 secara automatik.
Jadi apabila hanya P2 diambil kira, pasukan boleh mengambil masa yang lebih untuk fokus dalam mencari rentak pada sesi P1 dan barulah push pada P2 untuk catatan masa. Walaupun kini jumlah masa setiap sesi bertambah, ianya masih sukar untuk pasukan membuat tetapan.
Apa pendapat anda, adakah perkara ini wajar diperbaiki?
Comments
Post a Comment