- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Crash.net |
Repsol Honda Manager, Alberto Puig memberi alasan yang jujur atas kemelesetan Honda.
Alberto Puig menyebut bahawa pandemik Covid dan dalam masa yang sama kecederaan lengan Marc Marquez menjadi kebetulan utama atas prestasi MotoGP Honda yang merudum.
Beliau berkata bahawa pasukan yang sama dalam masalah telah melakukan sesuatu yang terbaik sebelum 2020 ketika itu Marc Marquez mampu comeback daripada kedudukan terakhir dan sehingga P4 di Jerez.
“Saya fikir, jika anda melihat kembali pada 2020, kami mempunyai Covid dan kami mengalami kecederaan Marc. Dan sejak itu pasukan semakin merudum ke bawah” ungkap Puig
Ketika itu, kecederaan Marquez bertambah buruk apabila beliau cuba dan berkeras untuk berlatih demi membuat comeback dengan lebih awal tidak berhasil. Ditambah pula ketika itu situasi dunia sangat getir apabila mempunyai sekatan perjalanan Covid yang makin menjejaskan proses pembangunan HRC.
Umum mengetahui bahawa, produktiviti pengeluar Eropah juga terjejas oleh amalan work from home dan wabak itu mengambil korban manusia yang jauh lebih besar di Itali berbanding Jepun.
Keadaan di Jepun pula jelas lebih teruk apabila kita menghadapi halangan geografi yang lebih besar semasa musim MotoGP 2021. Ketika itu perlumbaan diadakan di Eropah sahaja,
Walaubagaimanapun, pesaing Honda mengharunginya dengan baik, Suzuki memenangi gelaran MotoGP pada 2020 (bersama Joan Mir) dan Yamaha pada 2021 (Fabio Quartararo).
Comments
Post a Comment