- Get link
- X
- Other Apps
📷Yamaha MotoGP |
Tahun lalu, Morbidelli bergelut dan berada di kedudukan ke 19 sebelum cuti musim panas. Pada tahun ini, beliau meningkat dengan kedudukan ke 11 hanya dua tempat di belakang rakan sepasukannya.
Sama ada keputusan ini mencukupi untuk meyakinkan Yamaha kilang tentang lanjutan kontrak, masih menjadi tanda tanya.
Kini, bekas naib juara 2020 itu percaya kunci untuk merapatkan jurang kepada Quartararo kini sudah hampir dalam beberapa perlumbaan sahaja lagi. Beliau juga berkata bahawa adalah sia-sia untuk cuba menunggang dan membentuk semula M1 kembali kepada jentera smooth seperti masa lalu.
"Separuh tahun lalu saya menyedari bahawa jika saya mahu mengorak langkah, saya perlu berubah, bukan jentera," jelas Morbidelli. "Jadi saya terpaksa mengubah sepenuhnya sifat saya, menjadi lebih agresif, dan musim sejuk ini saya berusaha lebih keras mengenainya.
“Saya memulakan musim ini dengan pendekatan berbeza semasa menunggang dan pendekatan berbeza secara umumnya pada hujung minggu. Atas sebab inilah ianya telah membuahkan hasil untuk dapat mengekstrak hampir dengan potensi maksimum jentera."
"Tahun lepas hanya Fabio yang dapat mengeluarkannya, tahun ini kami juga boleh." tutupnya
Morbidelli mempunyai keputusan terbaik di tempat keempat setakat musim ini, berbanding dengan tempat ketiga untuk Quartararo.
Comments
Post a Comment