De Vries Harus Berwaspada


Kedudukan pelumba Alpha Tauri Nyck De Vries dalam bahaya susulan kenyataan terbaru daripada penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko mengenai masa depan pelumba dari Belanda itu baru-baru ini. 

"Daniel Ricciardo calon terbaik menggantikan De Vries pada ketika ini," jelas Marko ketika ditanya media di GP Austria tempoh hari. 

De Vries menyertai Alpha Tauri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pierre Gasly yang berhijrah ke Alpine.

Pada awalnya Helmut tidak menyokong pemilihan De Vries mengisi kerusi panas itu namun kemasukan beliau itu disokong penuh oleh prinsipal Red Bull Christian Horner yang nampak potensi beliau untuk menjadi pelumba utama AT kelak. 

Setakat ini, pencapaian terbaik De Vries ialah mendapat tempat ke-12 di GP Monaco. Ia sekaligus gagal menyaingi pencapaian pelumba yang lebih muda darinya, Yuki Tsunoda yang telah mengumpul 2 mata. 

Pada minggu ini, Ricciardo akan menguji jentera Red Bull selain pasukan Haas dan Williams turut kekal di Silverstone (Pirelli Test). Namun begitu, penambahbaikan komponen tidak dibenarkan sama sekali. 

F1 bercuti musim panas selama 2 minggu sebelum kembali di GP Hungary pada 21 Julai ini. 

Teruskan Bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #DV21 #alphatauri #redbullracing 

Comments

Follow Us