Deruman enjin menaikkan semangat.


Dunia sekarang sedang mengubah penggunaan jenis enjin kenderaan daripada sumber bahan bakar kepada elektrik. Kita dapat tengok banyak kereta mahupun motorsikal di jalanan yang dipacu dengan kuasa daripada bateri.

Begitu juga di MotoGP, dalam menyahut saranan antarabangsa, "Go green" maka telah diadakan satu kategori khas perlumbaan menggunakan jentera berkuasa elektrik. Jentera-jentera keluaran Ducati itu dilihat pantas dan laju ketika ditunggang di atas litar dan ia setanding dengan jentera yang menggunakan bahan bakar.

Bagi Wilco, beliau amat mengharapkan agar enjin pembakaran dalam tidak ditukar kepada elektrik sepenuhnya satu hari nanti. Ini kerana kekurangan utama pada jentera elektrik ialah tiada bunyi yang kuat seperti mana enjin pembakaran dalaman. Bunyi tersebut amat penting kerana di sudut psikologi ia akan meningkatkan semangat dan memeriahkan suasana.

Comments

Follow Us