- Get link
- X
- Other Apps
Setelah berjaya mendominasi Kejohanan WorldSBK dan MotoGP setakat ini, Ducati kini memperkenalkan basikal lasak elektrik E-MTB kepada pasaran dunia. Model pertama yang diperkenalkan adalah Powerstage RR Limited Edition.
Model basikal E-MTB dari Ducati ini merupakan model pertama e-enduro menggunakan teknologi ‘carbon fiber frame’. Bernadikan Shimano EP801 yang serba baharu, ianya mampu menghasilkan 85nm ‘torque’. Selain frame dari karbon, tayar basikal ini juga diperbuat dari karbon fiber. Sistem ampaian belakang dan hadapan adalah dari jemana Ohlins. Basikal ini juga dilengkapi dengan sistem gear elektronik SRAM.
‘Livery’ untuk model ‘limited edition’ ini direka oleh Aldo Drudi dengan kerjasama Centro Stile Ducati dan mengambil ilham dari jentera Desmosedici GP23. Sebanyak 230 unit akan dibuka untuk jualan dengan nombor siri tersendiri pada setiap unit.
Harga rasmi bagi setiap unit E-MTB Powestage RR Limited Edition adalah 11,990 euro atau lebih kurang RM60,814. Pembelian boleh dilakukan melalui plafform atas talian Ducati.com atau pengedar yang sah namun setakat ini unit ini belum dilancarkan jualan di Malaysia.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment