- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Mooney VR46 |
Dengan 3 kali meraih kemenangan dan 7 kali berada dalam top 3 Sprint dan Race, skuad Mooney VR46 nyata tampil garang musim ini.
Bezzecchi kini berada di puncak sebagai pelumba yang bersaing untuk merebut gelaran juara dunia menyaingi Pecco rakan akademinya.
Kini bursa 2024 menjadi pendebatan walaupun tidak banyak pilihan pasukan yang ada setakat ini. Ducati merancana untuk membawa Morbidelli masuk ke kem Ducati tapi dalam masa yang sama dalam dilema untuk meletakkan Bezzecchi di Pramac.
Ini kerana Bezzecchi kini masih memilih pasukan VR46 untuk musim depan kerana sudah selesa berada di pasukan tersebut kerana mengenali krew-krew disana.
Beliau yakin prestasinya sekarang berkat keselesaan tersebut bekerja dengan orang Itali dan pasukan yang didudukinya itu sejak Moto2 dan akedemi. Beliau juga tidak yakin jika berada di Pramac beliau mampu mempertahankan konsistensi seperti sekarang kerana tekanan yang berlainan.
Atas sebab ini, pasukan VR46 meminta Ducati supaya diberikan spec kilang buat pasukannya supaya Bezzecchi dapat bersaing dengan lebih baik.
Ducati kini sedang mempertimbangkan permintaan tersebut.
Comments
Post a Comment