Ducati takluk MotoGP


Memiliki 8 dari 22 jentera di grid MotoGP pasti memberi kelebihan kepada Ducati namun kos untuk menyediakan 16 jentera sebilang masa pasti tinggi. Data-data yang diperolehi dari jentera Ducati ketika beraksi di litar amat berguna untuk pembangunan jentera tersebut.

Bagi Alex Marquez, pelumba Pasukan Gresini Racing, data yang diperolehi dari lambakan jentera Ducati dalam saingan MotoGP kadang kala memeningkan jurutera kerana cara tunggangan pelumba berbeza dari setiap individu. Dengan erti kata lain, tidak semestinya data yang diperolehi dari jentera Pecco atau Enea digunapakai oleh beliau ketika beraksi.

Walaupun secara dasar data-data perlumbaan amat berguna kepada jurutera apabila ingin membuat tetapan keatas jentera ketika perlumbaan, tidak semestinya ia akan berguna dan memberi kelebihan kepada pelumba tersebut. Jurutera pasukan perlu mentafsir data yang diperolehi dari pasukan sahabat agar dapat membuat tetapan yang sesuai kepada jentera perlumbaan dan dapat memberi kelebihan ketika beraksi.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us