Gresini Racing jadi tumpuan..


Menjadi lumrah pada waktu cuti, segala gossip akan keluar dan ini pula perihal Gresini Racing. Pasukan dari Itali ini nampak mampu bersaing di kelompok tengah dan hadapan melalui pelumba mereka, Alex Marquez. Seperti yang diketahui, mereka akan mempunyai satu kekosongan pada musim hadapan bila mana Fabio dikatakan tidak akan diperpanjangkan kontrak.

Perkara pertama yang mengejutkan ialah Bezzecchi dikatakan cuba ditarik untuk ke Gresini bagi memberi laluan kepada Frankie untuk terus kekal di MotoGP. Gresini lebih memilih Bez berbanding Frankie dan ini membolehkan Frankie berada di Mooney VR46 setelah mana beliau tidak akan bersama Yamaha lagi.

Marc pula digossipkan dengan Gresini memandangkan beliau dilihat tidak ingin bersama Honda lagi dan Ducati adalah satu-satunya ruang yang ada buat juara dunia 8 kali tersebut. Walaubagaimanapun Ducati pernah berkata bahawa tiada tempat buat Marc untuk berada di pasukan kilang dan hanya boleh berpindah kepada pasukan-pasukan satelit sekiranya mahu.

Nama seterusnya ialah pelumba dari Moto2, Tony Arbolino. Pelumba dari Itali ini dikhabarkan telah pun bertemu dengan pihak Gresini bagi membincangkan peluang untuk bersaing di arena MotoGP pada tahun hadapan. Kini di Moto2, Arbolino bersaing hebat dalam perebutan gelaran juara dunia dengan Pedro Acosta.

Comments

Follow Us