Jorge Martin selamat daripada Pembedahan kaki

📷Jorge Martin

Jorge Martin berkongsi di laman sosialnya tentang pembedahan kaki ketika cuti musim panas. 

Pelumba Prima Pramac tersebut mendedahkan gambar beliau di Hospital separuh kakinya dibaluti pembalut perubatan. 

"Semuanya baik-baik saja! Kini tiba masanya waktu pemulihan supaya sepenuhnya mencapai 100% untuk Silverstone."tulisnya

Walaubagaimanapun, Kecederaan sebenar beliau tidak dinyatakan tetapi diketahui bahawa Martin cedera kaki dan buku lali sejak grand prix pembukaan di Portimao.

Ketika itu, beliau terlibat dalam insiden di mana Marc Marquez merempuh Miguel Oliveira. Walaupun beliau kembali berlumba, dia kemudiannya terbabas dan cedera.

Dua tahun lalu, Martin juga memerlukan pembedahan untuk patah kaki yang dialaminya di Portimao.Alex Rins juga telah keluar dari pembedahan pada minggu lalu selepas kakinya patah.

Cabaran Martin kali ini beliau perlu sepenuhnya sembuh sebelum 6 Ogos sebelum BritishGP. Beliau kini berada di tempat kedua dalam kedudukan MotoGP, di belakang hanya penyandang juara dunia bertahan, Francesco Bagnaia.

Masa depannya masih perlu dijelaskan semasa cuti musim panas MotoGP, walaupun kini nampaknya dia akan kekal di Pramac.

Martin sebelum ini dikaitkan kuat dengan Yamaha 2024 tetapi, dengan keadaan pengeluar Jepun itu tidak menunjukkan prestasi sebaik Ducati, dia telah menyejukkan hubungan tersebut.

Sumber : Crash net

Comments

Follow Us