- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Cuti musim panas MotoGP 2023 kini menghampiri penghujungnya dimana pasukan serta pelumba akan kembali ke litar pada awal bulan Ogos di saingan BritishGP dari 4-6 Ogos 2023. Perpindahan pelumba bagi menghadapi musim hadapan pasti menjadi antara topik perbualan pemerhati serta peminat MotoGP.
Alex Rins yang tidak berpuas hati dengan layanan Honda dikaitkan dengan peluang perpindahan beliau ke Pasukan Monster Yamaha, menggantikan Franco Morbidelli yang secara terang-terang memberi kata putus untuk tidak akan bersama Yamaha musim depan.
Marc Marquez yang masih mempunyai baki kontrak bersama Repsol Honda sehingga akhir musim hadapan dikhabarkan akan mengikuti jejak Pedro Acosta ke KTM dengan campur tangan penaja utama beliau, Red Bull.
Berbeza dengan prestasi positif yang ditunjukkan oleh Alex Marquez di Pasukan Gresini Racing, Fabio Di Giannantonia dikhabarkan bakal kehilangan kerusi MotoGP di pasukan tersebut akhir musim ini dan Joan Mir digosipkan bakal menggantikan beliau pada musim hadapan, walaupun sebelum ini tempat tersebut dikaitkan dengan Marc Marquez.
Kontrak Johann Zarco yang bakal tamat pada penghujung musim ini masih belum diputuskan samada akan disambung atau tidak. Jika kontrak beliau tidak disambung, kemungkinan besar tempat beliau bakal digantikan oleh Marco Bezzecchi dari Pasukan Mooney VR46. Morbidelli bakal ditempatkan di Mooney VR46 untuk menggantikan Bezz.
Cubaan KTM untuk mendapatkan slot tambahan di MotoGP musim hadapan dengan pengambilalihan Pasukan LCR Honda mungkin tidak menjadi kenyataan apabila pemilik LCR menyatakan akan terus bersama Honda namun seperti drama jam 7, keputusan boleh berubah sekelip mata.
Sekiranya gabungan KTM-LCR tidak berlaku, KTM agak sukar untuk menempatkan 5 pelumba pada 4 jentera KTM musim hadapan namun mereka boleh kontrak Augusto Fernendaz hujung musim ini kerana kontrak beliau hanya pilihan untuk disambungkan ke tahun hadapan.
Timbul juga gosip mengatakan Pasukan RNF hanya akan mengoperasi satu jentera Aprilia musim hadapan dan slot satu jentera akan diserahkan kepada KTM atas dasar prestasi pelumba yang kurang menyerlah terutama Raul Fernandez, namun setakat ini ianya belum disahkan.
Ai Ogura difikirkan sesuai untuk menggantikan Takaaki Nakagami pada musim hadapan jika LCR masih kekal bersama Honda namun semenjak beliau mengalami kecederaan tempohari, tampak prestasi Somkiat Chantra lebih menyerlah.
Semestinya gosip atau khabar angin bukanlah suatu noktah penamat bagi sebarang keputusan, selagi berita tidak disahkan, kontrak tidak ditandatangani, macam-macam boleh berlaku namun musim MotoGP 2023 penuh dengan teka teki.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment