Kesan Kemalangan Di Portimao

 

Pelumba MotoGP bagi Pasukan GasGas, Pol Espargaro mengalami kemalangan ngeri ketika sesi latihan bebas kedua di pusingan pembukaan MotoGP di Litar Algarve, Portimao awal tahun ini.

Beliau yang mengalami kecederaan di bahagian rahang, tengkok, tulang belakang dan beberapa bahagian lain terpaksa berehat panjang sehingga separuh musim 2023.

Bercakap kepada media semasa pusingan di TT Assen minggu lalu, beliau menganggapkan kecederaan yang beliau alami amat serius sehingga beliau terdetik untuk melupakan kerjaya beliau sebagai pelumba. 

Namun dengan kesabaran dan dorongan dari keluarga beliau, abang beliau Aleix Espargaro, rakan-rakan serta pasukan beliau, beliau amat bersemangat untuk kembali beraksi.

Dengan kecederaan yang beliau alami, kini tinggi beliau berkurang sebanyak 15mm atau 0.59 inci, satu kesan yang sangat besar buat beliau. 

Bercakap mengenai masa depan beliau, beliau akan menyertai saingan MotoGP di Litar Silverstone pada awal bulan Ogos ini dan melihat kemampuan beliau di litar. 

Pol berpendapat kemampuan beliau beraksi dan bersaing dengan pelumba lain menjadi kayu ukur untuk beliau dan pasukan menentukan hala tuju selepas ini.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us