Maksud Konsesi di MotoGP

šŸ“·MotoGP

Secara umum, konsesi adalah satu akses kepada pasukan untuk mencuba seberapa banyak kali ujian kepada jentera mereka sampai kompetetif melalui podium dan kemenangan. 

Berikut adalah kelebihan konsesi:

    - Mereka boleh guna 9 enjin dalam satu musim berbanding 7 enjin
    - Mereka boleh naik taraf enjin mereka semasa musim berjalan
    - Mereka boleh menguji bila-bila masa dimana-mana litar dengan pelumba MotoGP Mereka
    - Mereka boleh mempunyai 6 wildcard setiap musim berbanding 3

Bilakah Konsensi akan tamat?

    - Kemenangan = 3 mata
    - Tempat kedua = 2 mata
    - Tempat ketiga = 1 mata

Jika pelumba pasukan kilang meraih 6 mata dalam 2 tahun maka mereka akan hilang hak konsesi. Perkara ini dibuat atas faktor untuk memberi keseimbangan kepada pasukan pemula dan pasukan yang ketinggalan untuk berdaya saing.

Desas desus di Paddock menyatakan bahawa Dorna akan mengubah regulasi ini demi membantu pengeluar Jepun (Honda dan Yamaha) yang kini bergelut untuk bersaing di kumpulan hadapan.

Namun, ianya kurang disenangi oleh Pengeluar Eropah iaitu Aprilia dan Ducati yang bertungkus lumus capai ke tahap ini tanpa bantuan Dorna. 

Mereka juga ada berbincang mengenai perkara ini dan beberapa idea dilontarkan bagi menyelamatkan pengeluar Jepun antaranya ialah, hanya dibenarkan upgrade part-part tertentu dan bukan semuanya dibenarkan.

Comments

Follow Us