Mana satu perlu didahulukan?


Seperti yang telah diketahui, LCR Honda akan memiliki satu tempat kosong pada musim hadapan setelah mana Alex Rins meninggalkan Honda dan berhijrah ke Yamaha.

Misi mendapatkan pelumba agak sukar buat Honda kerana kini pakej jentera mereka yang tidak begitu baik lebih-lebih lagi dalam usaha merebut kembali gelaran juara dunia.

Strategi yang diatur oleh pihak HRC ialah mendapatkan khidmat pelumba baru atau rookie. Ini bermakna mereka kini pasti sedang memerhati dan menilai pelumba-pelumba di Moto2 yang berpotensi untuk diangkat ke kem MotoGP mereka.

Bagi LCR pula, mereka lebih berminat kepada pelumba berpengalaman kerana cepat dapat menyesuaikan diri untuk tampil berdaya saing. 

Comments

Follow Us