Masa sesuai untuk tukar pasukan?


Selepas bergelar juara dunia MotoGP 2020, Joan Mir tidak dapat mengekalkan kejuaraan beliau dimana beliau hanya mampu berada di tempat ketiga pada tahun 2021 dan sekadar berada di tempat ke 15 pada tahun 2022. Beliau berharap dengan penyertaan beliau ke Pasukan Repsol Honda musim ini mampu mengubah nasib beliau dan berupaya kembali bersaing untuk takhta kejuaraan musim 2023 namun sebaliknya berlaku.

Dengan jentera Honda yang agak lemah ketika ini, beliau terus tenggelam dibawa arus. Mir dengan lantang mengetengahkan kekecewaan beliau terhadap jentera Honda pada musim ini. Bukan sahaja beliau, Alex Rins juga turut kecewa dengan prestasi jentera serta sikap pilih kasih terhadap beliau.

Belum pun tamat cuti musim panas untuk MotoGP, kini terdengar desas desus mengatakan Joan Mir telah melakukan perbincangan bersama Pasukan Gresini untuk menyatakan hasrat beliau untuk menyertai pasukan tersebut pada musim hadapan. Semestinya gosip ini bakal memberi tamparan hebat kepada Honda ditambah dengan khabar Marc Marquez serta Alex Rins yang ingin berpindah ke pasukan lain musim hadapan.

Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us