Mir kongsi berita gembira ditengah pejuangannya bersama Honda

📷Redbull/Joan Mir

Joan Mir berkongsi berita baik di media sosial dimana beliau kini menanti kelahiran anak pertamanya. 

Juara MotoGP 2020 dan pasangannya Alejandra telah mengumumkan bahawa mereka sedang hamil. Mereka telah mengesahkan di media sosial sambil menunjukkan gambar photoshoot bersama pasangannya.

Dengan hanya menamatkan satu grand prix tahun ini, dan telah terlepas tiga pusingan yang lalu kerana kecederaan tangan, berita ini sedikit sebanyak boleh melupakan perkara tersebut

Ketibaannya bersama Marc Marquez di Repsol Honda, selepas meninggalkan Suzuki pada akhir tahun lalu, Mir mempunyai gandingan berprofil tinggi bekas juara di dalam satu pasukan

Tetapi jika dibandingkan, mungkin hanya Marquez yang mengharungi musim yang lebih menyedihkan setakat ini berbanding Mir.

Mir dijangka cergas untuk kepulangan MotoGP pada 6 Ogos di Silverstone.

Tahniah!

Sumber : Crash Net

Comments

Follow Us