Misi Ricciardo di Alpha Tauri

 

Pasti ramai dikalangan peminat Nyck De Vries digantikan oleh Daniel Ricciardo ketika musim Formula 1 sedang rancak bersaing namun De Vries yang mempunyai kontrak dengan Red Bull dianggap tidak menunjukkan sebarang peningkatan ketika bersaing di litar.

Daniel Ricciardo merupakan antara pelumba senior didalam Formula 1 berasal dari Australia kini telah berumur 34 tahun dan beliau bukanlah pelumba F1 yang tidak pernah menjejaki podium ketika dulu namun kontrak beliau bersama Pasukan McLaren tidak disambung penghujung musim 2022.

Dengan kembalinya beliau dibawah payung pasukan Red Bull F1, beliau mempunyai misi tersendiri agar dapat meraih peluang untuk beliau kembali beraksi bersama Pasukan Red Bull musim 2025, menggantikan Sergio Perez yang bakal tamat kontrak pada penghujung musim 2024.

Bercakap kepada media, kini misi beliau bersama Pasukan Alpha Tauri adalah untuk membuktikan bahawa beliau mampu membawa jentera AT04 ke mercu kejayaan, sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 teratas. Walaupun misi ini agak sukar kerana pemerhati Formula 1 mempersoalkan prestasi jentera Alpha Tauri ini namun beliau ingin menyangkal pendapat orang ramai. Bagi beliau, jentera AT04 masih berupaya untuk bersaing dengan jentera-jentera lain di litar. Adakah beliau mampu melakukannya?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us