Morbidelli tak peduli Yamaha paling last dalam ranking pengeluar

 

📷Yamaha MotoGP

Franco Morbidelli menegaskan dia "tidak gentar" dan sama sekali tidak peduli dengan melihat Yamaha berada di tempat kelima dan terakhir dalam kedudukan Pengeluar MotoGP semasa.

Masa depannya sebagai penunggang Yamaha kilang dijangka akan didedahkan selepas cuti musim panas ini. Dalam masa yang sama, prestasi beliau juga kian menyerlah musim ini di Monster Yamaha dimana pungutan mata beliau tidak jauh daripada Quartararo.

Pelumba Itali tersebut menunjukkan bahawa dia dan Fabio Quartararo "melakukan hampir maksimum" dengan apa yang mereka ada.

Kini dengan 2 jentera sahaja, Yamaha kini di tempat terakhir di ranking pungutan mata pengeluar. Morbidelli mengaku dia tidak terkejut dengan itu.

Kini, beliau hanya fokus sepenuhnya untuk memperbaiki keadaan itu.

“Saya tidak gentar melihat Yamaha di kedudukan terakhir dalam kedudukan rangking pengeluar. Saya hanya lebih fokus dan bermotivasi untuk melakukan kerja yang lebih baik sebagai pelumba, untuk konsisten, untuk cepat, untuk bekerja secara maksimum, untuk melebihi had, dan itulah yang kami lakukan.”

“Dalam kejuaraan pengeluar, kami terakhir, tetapi dalam kejuaraan Pasukan, kami berada di tempat ke-6. Kami mempunyai beberapa mata yang boleh dikatakan agak baik dengan pergelutan ini”

Franky mengaku bahawa jika yamaha masih berada di tengah-tengah ranking, bermakna kedua-dua pelumba melakukan hampir maksimum untuk membawa pulang beberapa mata yang baik untuk pasukan dalam setiap perlumbaan.

Tetapi yang pasti, beliau masih menyatakan bahawa mesin itu masih perlu diperbaiki.

Pada musim lalu sebelum cuti musim panas, Yamaha berada di tempat kedua dalam kedudukan pengeluar ketika Quartararo turut mengetuai pemburuan kejuaraan pelumba. Kini turun di tangga ke 9. 

Tetapi bagi Morbidelli, beliau sekurang-kurangnya meningkat naik daripada tangga ke-19 tahun lalu kepada tangga ke-11 sekarang.

MotoGP sedang mempertimbangkan untuk menyemak semula peraturan Konsesi bagi membantu pengeluar yang bergelut, seperti Honda dan Yamaha.

Sumber : Crash.net

Comments

Follow Us