MotoGP 2023 : 166 Kemalangan Dalam 8 Perlumbaan

Majoriti pelumba MotoGP tidak dapat lari dari mengalami kemalangan atau terjatuh didalam litar ketika saingan berlangsung. 

Setakat 8 pusingan MotoGP berlangsung untuk musim 2023, 466 kemalangan dicatatkan dengan 166 kemalangan melibatkan pelumba didalam kelas perdana iaitu purata 20.75 kemalangan setiap minggu kejohanan berlangsung.

Jumlah putara kemalangan bagi musim ini ternyata menaik berbanding purata 16.7 kemalangan didalam kelas perdana sepanjang musim 2022. Untuk rekod, sebanyak 335 kemalangan berlaku didalam kelas perdana sepanjang musim 2022.

Marc Marquez yang tidak menyertai 3 pusingan MotoGP setakat ini bagi musim 2023 mencatat 14 kemalangan diikuti adik beliau, Alex Marquez dan pelumba baru Repsol Honda Joan Mir dengan 12 kemalangan. 

Augusto Fernandez mencatatkan 11 kemalangan, diikuti Jack Miller dengan 10 kemalangan dalam 8 pusingan MotoGP berlangsung. 

Berikut merupakan jumlah kemalangan yang dialami pelumba setakat ini:

Marc Marquez, Honda, 14
Joan Mir, Honda, 12
Alex Marquez, Ducati, 12
Augusto Fernández, KTM, 11
Jack Miller, KTM, 10
Aleix Espargaró, Aprilia, 9
Miguel Oliveira, Aprilia, 8
Marco Bezzecchi, Ducati, 7
Fabio Di Giannantonio , Ducati, 7
Luca Marini, Ducati, 7
Jorge Martin, Ducati, 7
Brad Binder, KTM, 6
Raul Fernandez, Aprilia, 6
Johann Zarco, Ducati, 6
Enea Bastianini, Ducati, 5
Franco Morbidelli, Yamaha, 5
Takaaki Nakagami, Honda , 5
Fabio Quartararo, Yamaha, 5
Alex Rins, Honda, 5
Maverick Vinales, Aprilia, 5
Pecco Bagnaia, Ducati, 4
Pol Espargaró, KTM, 2
Jumlah : 166

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us