MotoGP penuh teka teki..


Tidak asing lagi berita perpindahan Alex Rins ke Yamaha pada tahun hadapan walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat. Kini hanya menanti masa yang tepat untuk pihak Rins menghebahkan perihal perpindahan tersebut.

Secara tak langsung ia bermaksud Franco Morbidelli akan kehilangan tempat di Yamaha memandangkan Fabio Quartararo telah pun menyambung kontraknya bersama Yamaha.
Tempat Alex Rins pula dikaitkan dengan kedatangan Johan Zarco memandangkan beliau dilihat berkemungkinan besar tidak disambung kontrak oleh Ducati untuk terus berada di Pramac Racing. Di pihak Pramac pula bertiup kencang khabar usaha mereka untuk mendapatkan khidmat Marco Bezzecchi namun kesukaran di situ ialah pihak pengurusan Mooney VR46 tidak akan melepaskan pelumba muda mereka tersebut. Pramac dikatakan melobi Ducati untuk merealisasikan hasrat mereka.

Sekiranya usaha Pramac tersebut berjaya maka kemungkinan tinggi Frankie akan ke sana dan ia logik kerana beliau juga merupakan pelumba VR46.

Satu tempat yang turut panas ialah di Ducati lagi iaitu dalam Pasukan Gresini. Memandangkan Fabio Di Giannantonio tidak akan disambung kontrak maka akan berlaku satu kekosongan di situ dan mungkin juga Frankie akan ke sana sekiranya usaha Pramac untuk mendapatkan Bezzecchi menemui kegagalan.

Comments

Follow Us