- Get link
- X
- Other Apps
Formula 1 dijangka akan melakukan ujian penutup tayar belakang ketika waktu hujan buat kali pertama selepas GP Silverstone.
📷 The Race |
Ia bertujuan untuk mengurangkan semburan dengan memperbaiki penglihatan pelumba di belakang ketika perlumbaan dalam waktu hujan.
Penutup itu tidak kekal pada badan jentera namun ia boleh dipasang pada jentera dengan mudah ketika dalam keadaan hujan sahaja.
Ujian ini akan dilakukan bersekali dengan ujian Pirelli di Silverstone untuk mengumpul data.
Beberapa hari yang lalu, dunia permotoran dikejutkan dengan berita kematian pelumba muda Belanda Dilano Van Hoff yang mengalami kemalangan dalam perlumbaan Formula Regional European Championships (FRECA) di Spa.
Pihak penganjur masih meneruskan perlumbaan biarpun keadaan hujan pada ketika itu menyukarkan penglihatan kepada para pelumba.
Teruskan Bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #FIA
Comments
Testing2
ReplyDeleteMantop
Delete