- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa kebelakangan ini kita disajikan dengan hangat bahawa Marc Marquez sudah tidak gembira berada di Honda.
Marc seorang yang hanya memikirkan kemenangan dan pasti gaji yang diperoleh tidak penting baginya buat masa sekarang. Ini kerana beliau sudah kara raya dengan kejayaan juara dunia dan nilai gaji bukanlah ukuran untuk beliau bersaing di kejohanan berprestij dunia ini.
Oleh kerana ini kami berpendapat bahawa Marc boleh putuskan kontrak pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu jika pasukan Honda tidak dapat memberikan jentera yang terbaik untuknya.
Pastinya ada pampasan yang perlu dibayar jika pelumba ingin memutuskan kontrak mereka tapi itu bukanlah perkara yang sukar bagi Marc untuk memenuhinya.
Musim 2024 tidak banyak pilihan pasukan yang kosong namun rumor menyatakan Fabio Digiannatonio tidak disambung kontrak untuk musim depan.
Jentera Ducati kini menjadi pilihan terbaik untuk Marc meneruskan perjuangannya dan seat yang kosong di pasukan Ducati adalah Pramac dan Gresini.
Di Pramac, mungkin sukar kerana ramai pelapis yang baik dan ditambah pula prestasi Zarco yang mula konsisten akhir-akhir ini.
Marc dan Alex pernah bersama dalam satu pasukan |
Jadi Gresini adalah option yang terbaik buat Marc Marquez jika beliau benar-benar nekad untuk berpindah musim depan. Beliau juga berpeluang untuk dapat kembali ‘reunit’ bersama adiknya di Gresini.
Tambahan jika ini benar, daripada pihak Sponsor pula akan menjadi rebutan untuk memberi sokongan kepada Marc. boleh jadi gaji yang dikumpul daripada penaja pula lebih banyak daripada sebelum ini.
Walaupun Marc akan terima gaji yang jauh lebih rendah, menunggang jentera yang boleh memberikan kemenangan adalah lebih menenangkan.
Comments
Post a Comment