- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Ducati merupakan pengeluar yang sentiasa memperkenalkan teknologi baru pada jentera mereka dalam saingan MotoGP. Ianya terus menjadi ikutan pengeluar-pengeluar lain demi mendapatkan kelebihan ketika bersaing di litar. Antara teknologi kejuruteraan yang digunapakai oleh pasukan lain adalah komponen aerodinamik dan ride height device.
Tahukah anda teknologi mass damper dan Rear Ride Height Device yang digunakan oleh Ducati serta pasukan-pasukan lain di MotoGP berasal dari kejuruteraan Formula 1? Dr Robin Tuluie, jurutera kelahiran Jerman yang mendapat pendidikan tertinggi dari Universiti Barkeley, USA menemukan perangkat Mass Damper pada tahun 2005 ketika beliau bersama Pasukan Renault dan perangkat Ride Height Device ketika bersama Pasukan Mercedes-AMG pada tahun 2007.
Dr Robin Tuluie juga merupakan penerima anugerah Nobel bagi penyelidikan beliau, menyertai pasukan kejuruteraan Ducati pada tahun 2016 mula memperkenalkan perangkat-perangkat ini pada tahun tersebut dan kini kedua-dua perangkat tersebut dianggap hampir sempurna serta memberi kelebihan kepada jentera ketika bersaing didalam litar.
Mass damper yang diletakkan di bahagian ekor jentera atau lebih dikenali sebagai salad box Ducati Desmosedici GP kini dikembangkan lagi dengan penggunaan komputer hidraulik yang akan membuat perkiraan sewajarnya untuk menambah atau mengurangkan tekanan keatas bahagian belakang jentera Ducati.
Sistem Ride Height Device pula akan diaktifkan oleh pelumba apabila jentera mula memasuki selekoh agar jentera lebih seimbang serta selekoh dapat diambil oleh pelumba dengan cara lebih agresif. Kini sistem kawalan komputer hidraulik kepada Ride Height Device juga diperkenalkan agar ianya terus dapat mengawal ketinggian jentera ketika memasuki selekoh, memecut atau membrek tanpa input tambahan dari pelumba.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment