- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Untuk lebih kompetitif didalam sesuatu pertandingan, pasti kelebihan akan dicari oleh peserta agar dapat memenangi saingan tersebut. Begitu juga saingan jentera-jentera 1000cc di kejohanan WorldSBK dalam mengejar kejuaraan.
Walaupun disifatkan sebagai salah satu jentera yang gah di jalanan dan didalam perlumbaan peringkat Asia, Honda tampak tidak bermaya ketika bersaing di WorldSBK. Sukar untuk menempatkan jentera di kelompok 5 teratas, apatah lagi podium.
Leon Camier selaku Pengurus Pasukan HRC didalam Kejohanan WorldSBK menyifatkan faktor pembangunan jentera menjadi sebahagian punca Honda tidak mampu bersaing dengan cemerlang.
“Satu ketika dulu Honda sangat kompetitif didalam Kejohanan WorldSBK namun kini kami ketinggalan jauh berbanding jentera lain. Pembangunan jentera kami seperti ketinggalan 2-3 tahun dari jentera Ducati, Kawasaki dan Yamaha. Jika ini berterusan, tidak mustahil Honda akan tinggalkan WorldSBK kelak” - jelas Leon Camier.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment