- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Musim yang suram buat Honda di Kejohanan MotoGP serta WorldSBK. Ianya diakui sendiri oleh HRC dan berjanji akan berusaha untuk menggabungkan kejuruteraan dua dan empat roda, membangunkan jentera yang lebih baik untuk musim hadapan namun siapakah yang perlu dipersalahkan oleh HRC diatas kejatuhan ini?
Pengurusan tertinggi serta pelabur disebalik HRC di Iwata, Jepun pasti kemurungan dengan keadaan semasa pasukan di kedua-dua kejohanan dan melihat situasi ini semakin serius, meletakkan punca kejatuhan ini kepada Prinsipal Pasukan Repsol Honda serta antara tulang belakang pembangunan Honda, Alberto Puig.
Bagaimana reaksi Puig dengan kenyataan ini? Puig sebenarnya tidak mempunyai alasan yang kuat untuk menolak tuduhan ini kerana prestasi Honda dengan barisan pelumba-pelumba pilihan beliau kini nampak tidak bermaya didalam litar. Pembangunan jentera juga melalui input pelumba serta beliau kepada HRC. Sememangnya jarak antara Jepun dan Sepanyol amat jauh dan Puig akui proses pembangunan jentera terbantut ekoran jarak dan sokongan logistik HRC Jepun.
Dengan desas-desus Marc Marquez ingin meninggalkan Honda sebelum tempoh kontrak beliau tamat, Alex Rins yang terang-terang menyatakan ketidakpuasan hati diatas layanan Honda yang berat sebelah sehinggakan dikaitkan dengan perpindahan ke Yamaha musim hadapan serta kekecewaan yang disuarakan oleh Joan Mir selepas beberapa perlumbaan bersama jentera Honda, pasti sedikit sebanyak memberi telanan kepada HRC dan Puig. Apakah kesudahan episod luka ini?
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment