- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pelbagai persoalan dan andaian timbul ketika Suzuki mengumumkan penarikan diri dari arena MotoGP tahun lalu dan semestinya keputusan tersebut mengejutkan pebagai pihak tatkala Suzuki sedang bersaing hebat dengan jentera lain di litar.
Antara andaian yang dibuat oleh pemerhati MotoGP adalah berkenaan dengan faktor kewangan dimana motosikal keluaran Suzuki kurang mendapat tempat dihati pengguna dua roda dunia malahan penjualan kereta Suzuki juga suam-suam kuku kecuali Suzuki India, namun adakah ianya menjadi punca utama Suzuki menarik diri?
Seperti yang kita sedia maklum, semenjak Volkswagen menjual kepentingan mereka didalam syarikat Suzuki, Master Trust Bank of Japan dan Toyota membeli kepentingan didalam Suzuki dan pada awal tahun lalu (2022), kadar pegangan saham didalam syarikat Suzuki dimonopoli oleh Master Trust Bank serta Toyota.
Memandangkan Toyota mempunyai kepentingan didalam pembangunan perlumbaan empat roda melalui Gazoo Racing, pasti mereka tidak ingin pembangunan perlumbaan dua roda terutama didalam MotoGP melalui Suzuki mengganggu projek-projek besar Gazoo Racing dan mungkin keputusan untuk Suzuki menarik diri dari arena MotoGP dibuat secara sebulat suara melalui perbincangan antara pemegang-pemegang saham terbesar didalam Suzuki.
Toyota tidak inginkan ‘conflict of interest’ dan tidak mahu menggunakan lebih banyak perbelanjaan didalam sukan permotoran? Semoga Suzuki kembali ke arena sukan dua roda pada masa hadapan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment