Ramai pelumba tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris

šŸ“·MotoGP

Tular sekarang mengenai seorang bekas kekasih mentertawakan grammar bahasa inggeris bekas teman lelaki yang menghantar kata-kata terakhir buatnya. dia juga membuat satu video sambil tertawakan setiap kata-kata itu bersama rakan-rakan. 

Ini bukanlah kali pertama isu ini berbangkit. Dulu, perkara ini pernah kecoh satu Malaysia perihal seorang penyampai radio yang seakan-akan menghina profesyen seorang pendidik. Agak ramai netizen yang terkesan dengan kata-kata beliau itu terhadap guru berkenaan. Sememangnya kita inginkan kesempurnaan namun sempurna itu bukanlah sekadar keputusan yang diperolehi malah dalam pelbagai aspek.

Hanya dengan kekhilafan sebutan atau penulisan, ramai juga yang mengecam wanita tersebut dan menyebut angkara inilah kita akan kurang yakin bertutur bahasa Inggeris dimana bahasa ini mempunyai potensi yang besar untuk career kita.

Bukan mudah bagi seseorang untuk bertutur dengan fasih suatu Bahasa yang bukan Bahasa ibundanya. Sebagai contoh dalam dunia sukan permotoran sendiri, juara dunia dan lagenda MotoGP, Valentino Rossi dan Marc Marquez juga tidaklah fasih berbahasa Inggeris. Namun mereka tetap mencuba untuk bertutur supaya peminat diseluruh dunia faham dengan apa yang ingin disampaikan mereka.

Cukup sekadar peminat dapat tangkap dan faham dengan apa yang mereka tuturkan. Tiada yang mengecam. Sebab peminat juga maklum, mereka bukanlah bertutur dalam Bahasa Inggeris sehari-hari. Peminat nampak mereka tetap berusaha untuk bercakap bahasa asing.

Pernah juga terjadi kepada atlet negara kita juga baik dalam sukan bolasepak dan lumba motosikal. Mereka tetap berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun kekok. Bukanlah kesilapan itu yang kita perlu lihat tapi kejayaan dan dimana mereka berada sekarang yang patut kita ukurkan.

Secara kesimpulan, kemungkinan wanita tersebut ada sebab mengapa berbuat demikian, mungkin kerana sakit hati atas perangai lelaki tersebut atau sebagainya. kita belum tahu.

Comments

Follow Us