Rins merajuk..


Alex Rins setakat ini menjadi pelumba tunggal Honda yang berjaya memenangi perlumbaan MotoGP dalam musim 2023. Hal tersebut terjadi di COTA, tempat yang beliau pernah menang pada satu masa dahulu.

Persembahan Rins dilihat agak baik lebih-lebih lagi daya juangnya yang tinggi. Walaupun jentera Honda kini dalam masalah, beliau telah membuktikan bahawa dirinya boleh berbuat sesuatu ketika berada dalam waktu getir.

Seperti yang kita ketahui, HRC kini dalam usaha membangunkan chassis yang sesuai sehingga mereka meminta bantuan daripada pihak Kalex. Apa yang menyedihkan, hingga kini Rins belum diberi peluang untuk mencuba chassis Kalex. Justeru ia dilihat bahawa beliau tidak begitu digunakan dalam projek pembangunan jentera dan Rins amat tidak berpuas hati dalam hal ini.

Comments

Follow Us