- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sebagai seorang pelumba, risiko untuk mendapat kecederaan amat tinggi walaupun kelengkapan keselamatan digunakan oleh mereka. Setakat 8 pusingan MotoGP berlangsung pada musim 2023, seramai 13 pelumba telah menjalani pembedahan ekoran kecederaan yang dialami mereka ketika beraksi di litar.
Pol Espargaro, Enea Bestianini dan Marc Marquez mengalami kecederaan ketika beraksi pada pusingan pembukaan musim 2023 di Portimao dan memerlukan rawatan serta pembedahan lanjut, memaksa mereka berehat pada pusingan berikutnya. Antara ketiga-tiga mereka, kecederaan Pol Espargaro paling serius sehingga beliau terpaksa berehat panjang dan hanya boleh kembali beraksi pada pusingan ke-9 di Silverstone awal Ogos nanti.
Terkini, Jorge Martin dan Fabio Di Giannatonio pula terpaksa menjalani pembedahan sebelum MotoGP 2023 berehag panjang sehingga awal Ogos depan.
Beberapa faktor diketengahkan oleh pelumba serta pemerhati MotoGP dan antaranya tertumpu kepada penambahan sesi ‘Sprint Race’ serta situasi pelumba yang berusaha melebihi batasan untuk memperlihatkan kemampuan mereka bersama jentera.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila ‘Spring Race’ diperkenalkan pada musim ini, pelumba-pelumba perlu berusaha lebih dari biasa apabila bersaing dengan pelumba lain untuk mengejar kutipan mata kejuaraan. Kesilapan yang terjadi ketika perlumbaan pasti mengundang kecelakaan.
Sama seperti definasi ‘pushing over the limit’, pelumba-pelumba era MotoGP moden sering berusaha melebihi had jentera serta diri sendiri agar dapat memperlihatkan kemampuan mereka serta melayakkan mereka kekal beraksi di pasukan tersebut untuk jangkamasa yang lama, maklumlah perebutan tempat didalam sesebuah pasukan MotoGP kini ‘panas’ apabila bakat-bakat muda yang beraksi cemerlang di kategori Moto2 amat dahagakan tempat di kelas perdana MotoGP.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment