Sejarah tercipta....


EWC ialah satu medan perlumbaan jentera-jentera 2 roda yang memakan masa paling lama. Format 'endurance' akan menguji ketahanan jentera yang perlu beraksi dalam keadaan ekstrem pada setiap masa. Para pelumba juga turut perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi supaya mental dan fizikal mampu mengharungi perlumbaan berjam-jam lamanya tanpa henti.
Minggu ini perlumbaan diadakan di Bumi Jepun dan yang menariknya, sejarah turut tercipta buat negara kita kerana kali ini bilangan pelumba Malaysia yang turut serta adalah paling ramai jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Berikut ialah nama-nama pelumba dan jentera yang akan digunakan:
1. Hafiz Syahrin - Suzuki 
2. Zaqhwan Zaidi - Honda
3. Khairul Idham Pawi - Honda
4. Azlan Shah - BMW
5. Adam Norroddin - BMW

Seperti biasa mata akan tertumpu kepada pasukan yang terkuat iaitu Yoshimura SERT Motul yang diwakili oleh Sylvain Guintolli, Gregg Black dan Etiene Masson. Jentera yang diguna pakai ialah Suzuki GSX-R1000R. Satu lagi pasukan yang sentiasa memberi saingan sengit ialah Yamalube YART Yamaha yang dianggotai oleh Nicolo Canepa, Marvin Fritz dan Karel Hanica.

Didoakan semoga para pelumba tempatan berjaya menamatkan perlumbaan dengan keadaan baik. 

Comments

Follow Us