Sepang menjadi pilihan Bautista jika diberi peluang untuk wildcard

📷Ducati Corse

Juara dunia WSBK 2022, Alvaro Bautista mendapat kesempatan menguji jentera Desmosedici di Misano tempoh hari. 

Ujian itu diberikan kepadanya sebagai tanda terima kasih daripada Ducati untuk beliau kerana telah memenangi kejuaraan dunia WSBK.

Sebaik sahaja menunggang jentera MotoGP, Bautista tidak menunggu lama untuk beradaptasi dengan jentera tersebut lebih dengan apa yang beliau jangkakan. Beliau menunggang jentera tersebut dengan sangat pantas dan hampir menyamai pelumba MotoGP sepenuh masa.

Apa yang menarik, beliau berpendapat bahawa jika diberikan peluang wild card, beliau ingin membuat penampilan di Seang ataupun Buriram. Namun perkara ini tiada dalam pemikiran beliau sekarang ini dan ianya hanya santai memberi pendapat secara peribadi.

“Saya sangat gembira ketika ujian tersebut, terasa seperti sesi ujian jentera MotoGP yang sebenar”

“Wow saya sangat terasa baik di atas jentera tersebut! Mungkin lebih lagi! Jentera tersebut sangat berbeza, kuasa, brek dan segalanya.”

Walaubagaimanapun Bautista berpendapat MotoGP dan WSBK adalah 2 dunia yang sangat berbeza dan berlawan. Dia juga berpendapat bahawa beliau boleh menyesuaikan diri dengan cepat kerana ingatan tentang MotoGP masih lagi dalam fikirannya.


Comments

Follow Us