- Get link
- X
- Other Apps
📷Stefan Bradl |
Umum mengetahui bahawa prestasi Pelumba ujian menjadi salah satu kaitan yang sangat rapat dengan pembangunan jentera. Dengan prestasi yang baik ditunjukkan oleh KTM selepas mengambil Pedrosa, ianya menjadi tanda tanya kepada pelumba ujian yang lain adakah mereka berfungsi?
Prestasi Honda kini kian memburuk dan Ini sekaligus menjadi pertanyaan khusus kepada pelumba ujian mereka iaitu Stefan Bradl.
Merujuk kepada speekweek.com, mereka sempat berjumpa dengan Stefan Bradl mengenai perkara ini. Kini netizen menyalahkan dirinya apabila nampak kurang agresif membangunkan jentera.
“Saya bukan orang yang membangunkan jentera” ungkapnya. Beliau berkata bahawa dia hanyalah menguji bahagian baharu yang tiba ketika ujian dan menilai sama ada bahagian itu baik atau tidak. Jika komennya positif, perkara itu akan diserahkan kepada pasukan GP secepat mungkin. Jika tidak, bahagian tersebut akan dihantar semula dan diperbaiki.
“Saya bukannya baru menjadi test rider semalam, saya sudah bekerja selama 5 tahun” tambahnya lagi. Kata Stefan, jika sesuatu bahagian tidak bagus, barang itu tidak perlu diserahkan kepada Marc untuk menilai.
Beliau juga menyatakan bahawa Marc Marquez memberikan markah yang baik kepada Bradl pada tahun kedua ini sebagai penguji.
Walaupun sudah 4 tahun Honda menghadapi kesulitan dalam kejuaraan, Bradl tidak pernah bimbang tentang kontraknya kerana sehingga sekarang tiada seorang menunggu dalam barisan untuk menjadi Test Rider. Jun ini menunjukkan tarikh untuk beliau dipanjangkan kontrak 2 tahunnya itu kepada 3 tahun.
“Istilah pemandu ujian membangunkan jentera adalah salah. Saya adalah seorang pemandu ujian dan simpanan. Jurutera bertanggungjawab untuk pembangunan jentera.”
“Mereka akan menyerap maklumat dan maklum balas saya kemudian jurutera akan membuat kesimpulan. Kemudian tugas jurutera untuk membangunkan jentera pada komputer seperti lukisan CAD dan sebagainya” tutupnya.
Lin Jarvis iaitu pengurus Yamaha MotoGP pernah menyuarakan perkara ini dan menyebelahi Stefan Bradl. Katanya beliau tidak merasakan pelumba ujian harus bertanggungjawab atas prestasi sesebuah jentera. Walaupun pelumba ujian yang pantas diperlukan, namun selebihnya terserah kepada Jentera untuk membangunkannya.
Comments
Post a Comment