Teman Wanita baharu pembakar semangat Marc Marquez

📷Marc Marquez

Marc Marquez memuji teman wanita baharu iaitu Gemma Pinto sebagai “Penyelamat” daripada masalah Honda

Juara dunia 8 kali tersebut telah meluahkan tentang bagaimana kehidupan peribadinya yang baharu itu dapat mengubati dirinya daripada musim MotoGP yang mengerikan sekarang.

Umum mengetahui bahawa, seuhingga kini pelumba Repsol Honda tersebut masih belum dapat menghabiskan grand prix perlumbaan utama pada hari Ahad ketika MotoGP memasuki cuti musim panas. Beliau melalui detik-detik yang mengerikan dengan kemalangan dan kecederaan.

Tetapi cinta hatinya iaitu Gemma Pinto, telah memberikannya beberapa sebab untuk terus tersenyum dan semangat.

“cuti musim panas ini adalah baik untuk saya dalam semua aspek, Walaupun ia adalah salah satu detik paling sukar buat saya, tetapi kisah peribadi merupakan salah satu detik terbaik saya." ungkap Marquez.

“Saya kini lebih tenang, lebih bahagia, disokong oleh keluarga saya, oleh adik saya, pasangan saya, pengurus saya dan seluruh pasukan yang mengelilingi saya." tambahnya lagi

Marc Marquez menyatakan beliau kini fokus untuk berehat untuk merenung dan mengosongkan fikirannya sekaligus untuk memulakan paruh musim kedua dengan komitmen yang sama.

Marquez telah mengalami kecederaan tangan dan rusuk musim ini. perjalanan yang sukar ini memuncak dengan lima kemalangan sebelum menarik diri daripada MotoGP Jerman. Seminggu kemudian, kemunculan semulanya gagal dan beliau juga menarik diri daripada MotoGP Belanda.

Beliau dikontrak sehingga akhir 2024. namun kini masih menjadi persoalan tentang masa jangka panjang.