Tiada tempat? KTM tidak risau

‘What a silly season’. Itulah ungkapan yang menggambar kejohanan MotoGP musim 2023. Dari penguasaan Ducati, kejatuhan Yamaha dan Honda serta kebangkitan Aprilia dan KTM. Isu perpindahan pelumba juga digembar-gemburkan berikutan prestasi jentera serta pilihan pelumba-pelumba muda dari Moto2 yang tidak sabar-sabar untuk naik ke keas perdana.

Seperti yang kita sedia maklum, KTM berhasrat untuk menambah jumlah pelumba serta jentera untuk musim hadapan. Ianya juga disokong oleh Herve Poncharal selaku ketua IRTA dimana beliau berpendapat bahawa 24 jentera MotoGP di grid merupakan jumlah yang ideal buat masa kini, namun setakat ini hasrat KTM ditolak oleh Dorna.

Apakah rancangan KTM seterusnya? Dengan kejatuhan Honda ketika ini, peluang yang terhidang kepada KTM adalah dengan bekerjasama bersama Pasukan LCR, dengan erti kata lain, LCR akan menggunakan jentera KTM selepas ini. Pierer dikhabarkan telah menghubungi Lucio Cecchinello selaku pemilik Pasukan LCR untuk membincangkan kebarangkalian penggabungan ini. KTM juga berhasrat untuk menempatkan duo Sepanyol iaitu Pedro Acosta dan Marc Marquez didalam pasukan baharu ini.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama LCR bekerjasama dengan pengeluar jentera dari Eropah kerana sebelum LCR menyertai kelas perdana MotoGP, mereka bersama Aprilia didalam kelas 125cc dan 250cc. Jika penggabungan ini berlaku seawal musim hadapan maka Honda bakal kehilangan pasukan satelit sama seperti Yamaha yang hilang pasukan satelit apabila RNF berpindah ke Aprilia hujung musim 2022.

Teruskan bersama Two Wheels..!


Comments

Follow Us