Williams tampil bersama livery khas di GP British.


Williams, salah satu pasukan tertua di grid baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa livery khas di GP British.

Ia direka khas simbolik sambutan perlumbaan GP ke-800 bagi pasukan yang kaya dengan sejarah itu.

Livery itu direka dengan gaya sentuhan British di mana bendera bendera Union digayakan pada penutup enjin.



Tahun penubuhan pasukan 1977 turut dicetak pada penutup enjin dengan diwarnakan warna biru putih mengimbau kembali suasana pada tahun 90-an dan 2000-an.

GP Hungary pada 2 minggu lagi menandakan perlumbaan Williams ke-800 namun sambutannya diawalkan bagi memberi peluang kepada penyokong-penyokong mereka meraikan bersama mereka di Silverstone.

"Kejayaan mencapai Grand Prix ke-800 kami adalah pencapaian yang luar biasa untuk Williams Racing,” jelas prinsipal pasukan James Vowles.

Teruskan Bersama Two Wheels..! 

#TwoWheels #TWmedia #FourWheels #TWinfo #Mgpm 🇲🇾 #F1 #FIA #williamsracing 

Comments

Follow Us