Zulfahmi jumpa Boss lama, sekali Netizen perasan sesuatu

📷Zulfahmi

Spyshot Zulfahmi bergambar bersama Aki Ajo.

Umum mengetahui bahawa hubungan yang rapat antara Zulfahmi Khairuddin dan pasukan KTM Ajo. Beliau pernah berada dibawah pasukan Ajo ketika beraksi di MotoGP Championship ketika di Moto3.

Pelumba Malaysia tersebut telah berada didalam pasukan Aki Ajo sejak 2011 sejak bersaing di kelas 125cc bersama Air-Asia SIC Ajo memacu jentera Derbi. 

Kemudian jenama kelas awal itu telah dijenamakan semula dengan nama Moto3 dan ketika itu beliau masih kekal bersama pasukan tersebut membawa jentera KTM.

2011 Air Asia SIC Ajo (125cc Derbi)

2012 Air Asia SIC Ajo (Moto3 KTM)

2013 Redbull KTM (Moto3 KTM)

Sumber Gambar : MotoGP

Kemudian Zulfahmi berpeluang berlumba bersama Redbull KTM Ajo pada tahun 2013. Zulfahmi meninggalkan pasukan Redbull KTM Ajo dalam keadaan yang baik jadi tidak dinafikan lagi hubungan erat antara beliau dan team founder/ principal, Aki Ajo kekal sehingga kini.

ZK kini fokus membimbing dan membawa pelumba pelapis Malaysia dibawah pengurusan beliau iaitu ZK Racing. 3 pelumba muda yang kini berlumba di kejohanan dunia iaitu Syarifuddin Azman (Moto3), Hakim danish dan Danial Syahmi (Redbull MotoGP Rookies Cup, JuniorGP, & IATC).

Tempoh hari, Zulfahmi membuat naik satu posting tentang perjalanan beliau di Mugello dan apa yang memberi perhatian adalah, gambar bersama Aki Ajo. 

ZK pernah berkata bahawa beliau ingin memberi pelumba mereka pasukan yang baik supaya dapat bersaing di kumpulan hadapan.

Dengan prestasi Hakim Danish yang mapan, ianya menjadi mata-mata kepada pasukan-pasukan hebat. Kini, kehangatan 'Bursa' perpindahan pasukan kian terasa, Zulfahmi pasti mengambil peluang ini untuk meminang sebahagian pasukan.

Namun umur Hakim Danish masih belum mencapai kelayakan minimum Moto3. Jadi ianya mungkin peluang untuk Danial syahmi untuk ditempatkan di Moto3. 

Apa yang nampak sesuatu itu adalah, gambar ini diambil ketika berada dalam bilik bergerak tertutup. Jika betul tekaan ini adakah beliau meminang untuk Danish dan Danial? kita nantikan.


Comments

Follow Us