Yamaha perkenal R1 Race

Alfa Romeo ❌ HAAS


Alfa Romeo dijangka akan menyertai pasukan Haas bagi musim 2024 dengan nilai tajaan lebih kurang RM91 juta setahun.

Seperti yang kita sedia maklum, Alfa Romeo akan berpisah dengan pasukan Sauber pada hujung musim ini apabila pasukan yang berasal dari Switzerland itu sedang membuat persediaan ketibaan Audi pada 2026 kelak. 

Walau bagaimanapun, Alfa Romeo masih berminat untuk terus kekal dalam kancah F1 dan telah mengadakan perbincangan positif dengan prinsipal Haas, Guenther Steiner.

Ada sumber mengatakan hasil daripada rundingan tersebut, mereka akan bekerjasama selama 2 tahun. Satu pengumuman rasmi dijangka berlaku di Italian GP pada September ini. 


Pasukan Sauber telah menggunakan enjin Ferrari selama 9 tahun daripada 1997 hingga 2005 menyaksikan pasukan itu dijenamakan sebagai Petronas, syarikat gergasi petroleum Malaysia yang menaja pasukan ketika itu. 

Teruskan Bersama Two Wheels..!

 

Comments

Follow Us