Yamaha perkenal R1 Race

Alvaro kembali ke MotoGP?


Alvaro Bautista kini menempatkan namanya sebagai juara dunia di pentas wsbk bersama Ducati. Beliau tampil amat cemerlang pada tahun lepas dan berjaya menewaskan Toprak Razgatlioglu dan Jonathan Rea.

Sebelum ke wsbk, Alvaro menghabiskan 9 tahun di arena MotoGP. Bermula pada Tahun 2010 dengan Pasukan Suzuki, beliau telah merasakan 4 jenis jentera berbeza di sana termasuklah Aprilia, Honda dan akhir sekali Ducati. 

Ketika bersama Ducati, beliau bukanlah berada di pasukan kilang namun prestasinya amat menakjubkan sehingga pernah diberi sekali peluang untuk berlumba dengan jentera kilang bagi menggantikan pelumba utama ketika itu yang sedang berehat akibat kecederaan. Alvaro langsung menunjukkan kehebatannya dengan berjaya memimpin perlumbaan buat satu tempoh yang agak panjang walaupun akhirnya tidak berjaya menang ketika itu.

Selepas tahun 2018, beliau tidak diperpanjangkan kontrak lalu dipindahkan ke dunia wsbk oleh Ducati. Dominasinya di awal perlumbaan menunjukkan beliau bakal meleburkan hasrat Jonathan Rea untuk kekal sebagai juara dunia namun selepas setengah musim, Rea kembali bangkit dan terus merangkul gelaran juara dunia. 

Alvaro berpindah seketika ke Honda bila mana dikatakan beliau tidak berpuas hati dengan barisan Ducati yang menjanjikan tempat buatnya di MotoGP namun tidak dipenuhi. Selepas melihat tiada jaminan untuk tampil positif di wsbk jika berterusan dengan Honda maka beliau berpatah balik kepada Ducati lalu berjaya mendapat gelaran juara dunia yang pertama.

Kini dilihat beliau beberapa kali mendapat peluang menguji jentera Demosdici dan bakal turut berlumba di MotoGP pada November ini sebagai pelumba wild card yang akan berlangsung di Malaysia. Ini ialah hadiah daripada Ducati kerana Alvaro telah berjaya menjadi juara dunia di wsbk.

Walaubagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Melihat prestasi yang terus positif oleh Alvaro di arena superbike, dikahabarkan beliau akan diberi peluang untuk kembali ke MotoGP pada Tahun 2025 nanti. Ia didedahkan secara tidak langsung oleh Johan Zarco yang mana beliau katakan dirinya ditawarkan tempat di wsbk dua tahun lagi bagi menggantikan Alvaro namun tawaran tersebut ditolak Zarco yang bertekad untuk terus kekal di MotoGP lalu berhijrah ke LCR Honda.

Comments

Follow Us