- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti yang sudah kita semua sedia maklum bahawa pelumba daripada Yamaha, Franco Morbidelli tidak akan terus bersama pengeluar dari Jepun itu untuk musim hadapan. Pengumuman rasmi telah pun dibuat oleh pihak Yamaha sendiri dan tempatnya itu diisi oleh Alex Rins yang kini bersama LCR Honda.
Banyak gosip yang mengaitkan Frankie dengan Ducati kerana di situ adanya pasukan yang dimiliki oleh sifunya iaitu Valentino Rossi dan sudah pasti The Doctor tidak akan membiarkan anak didik sulongnya itu melangkah keluar daripada MotoGP dengan begitu sahaja. Ini kerana mereka percaya dengan kemampuan dan kebolehan Frankie yang kini tersekat akibat masalah dalaman Yamaha.
Ternyata hal itu turut mendapat perhatian orang besar daripada Ducati sendiri dan Paolo Ciabatti positif akan kehadiran Frankie ke kem mereka tahun hadapan. Walaubagaimanapun belum diketahui di pasukan manakah Frankie akan wakili namun apa yang penting Paolo sendiri ingin melihat prestasi juara dunia Moto2 itu dengan jentera Ducati yang kini berada di tahap terbaik.
Gosip mengatakan bahawa Frankie akan ke Pasukan Mooney VR46 manakala Marco Bezzecchi akan ditempatkan ke Pramac Racing mengambil tempat Johan Zarco.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment