Halatuju Mooney VR46 musim 2025


Pasukan MotoGP milik pelumba lagenda Valentino Rossi, Mooney VR46 pastinya tidak asing didalam saingan MotoGP apabila kedua-dua pelumba beliau sentiasa berada di kelompok hadapan. Walaupun berstatus sebagai pasukan satelit dan menggunakan jentera musim lalu iaitu GP22, kedua-dua pelumba beraksi dengan sangat cemerlang terutama Marco Bezzecchi yang beberapa kali menaiki podium.

Seperti yang kita sedia maklum, kontrak Pasukan Mooney VR46 bersama pengeluar jentera Ducati akan tamat pada penghujung musim 2024 dan sehingga kini Rossi serta pasukan belum memutuskan untuk menyambung kontrak bersama Ducati ataupun tidak. Namun apa yang menggusarkan pasukan adalah mengenai sokongan Ducati didalam saingan MotoGP musim 2025 dan seterusnya apabila Ducati telah memaklumkan pasukan bahawa mereka tidak akan dibekalkan dengan jentera GP24 atas faktor-faktor tertentu.

Pastinya kos untuk menyelia serta menempatkan 8 jentera Ducati di grid amat tinggi dan walaupun jentera-jentera yang dibekalkan kepada pasukan terdiri dari tahun semasa mahupun satu tahun kebelakang namun casis serta alat ganti akan dibekalkan dalam jumlah yang sama. Adakah pihak Ducati ingin mengurangkan kos atau ingin menghentikan saingan sengit antara pasukan kilang dan pasukan satelit Ducati?

Dengan masa depan Pasukan Mooney VR46 yang masih belum diputuskan, Yamaha melihat ianya sebagai peluang untuk menawarkan diri sebagai prmbekal jentera satelit kepada pasukan Rossi tetapi jika Yamaha masih kekal tidak kompetitif seperti sekarang, pasti sukar untuk Rossi membuat keputusan samada ingin berpindah ke Yamaha atau tidak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

  1. 🇲🇾 Kalau ikot prestasi antara Team Kilang & Setalit Ducati.. VR46 Mooney antara yg Mampu ke depan. Kalau Ducati Tolak Kerjasama, hmmmm
    1. Sy Mmg Tak Dapat Nak Pikir kriteria apa yg diguna pakai sbgai Penilaian ...
    2. Rujuk No 1

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us