Yamaha perkenal R1 Race

HRC perlu bertindak pantas.


Bukan senang jika membawa satu nama yang gah di mata dunia. Ia harus dijaga dengan baik walau dalam apa jua bidang yang disertai. Honda antara jenama yang terlibat dalam dunia pengeluaran kenderaan baik 4 roda mahupun 2 roda dan mereka juga sangat aktif dalam dunia perlumbaan.

Arena MotoGP antara salah satu pentas perlumbaan yang dipandang tinggi oleh Honda Motor. Ini kerana ia mampu meningkatkan nilai kendiri dan seterusnya mempengaruhi perniagaan yang diusahakan.

Seperti yang kita lihat sekarang ini Honda amat bermasalah di MotoGP dan HRC harus bertanggungjawab sertai perlu bertindak dengan segera. Seperti yang dihebahkan sebelom ini Honda tidak akan sama sekali menarik diri dari kejohanan MotoGP lalu menggesa HRC untuk memperbaiki rekod semasa mereka. 

Antara langkah drastik yang diambil oleh HRC ialah berganding bahu dengan rakan Honda yang bersaing di kejohanan Formula 1 yang kini mempunyai prestasi amat cemerlang sehingga bergelar juara Dunia.

Comments

Follow Us