on
AmericasGP
cota
MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Sehingga kini tiada pengumuman rasmi atau komen dikeluarkan oleh Honda dan Rins kelihatan bersahaja bersama Pasukan LCR Honda dalam saingan minggu ini di BritishGP. Marc Marquez, pelumba senior didalam Pasukan Repsol Honda tampil memberi pendapat peribadi beliau didalam isu perpindahan ini.
Bagi Marc, keputusan yang dibuat oleh Alex Rins amat mengejutkan beliau tatkala Honda sedang berusaha keras untuk membangunkan jentera yang lebih kompetitif didalam saingan MotoGP. Untuk rekod, pelumba ujian Honda iaitu Stefab Bradl telah menguji jentera Honda bersama sistem aerodinamik, casis dan swing arm serba baharu baru-baru ini dan Marc berpendapat ianya merupakan jentera yang mampu membawa beliau kembali ke mercu kejayaan kelak.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Orang tu nk pakai casis calex pon x dibagi mne xcabut membe tu
ReplyDelete