- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Toprak Razgatlioglu, pelumba Pasukan PATA Yamaha bagi Kejohanan WorldSBK sentiasa mengerah jentera beliau ke tahap maksima, untuk cuba menyaingi jentera lain di litar terutama jentera Ducati yang dipacu Alvaro Bautista. Kenaikan kadar maksima rpm jentera Yamaha juga kini ibarat memberi nafas baru kepada pasukan.
Ketika perlumbaan kedua WorldSBK di Czech Ahad lalu, Toprak bermula dengan baik dan berjaya menutup ruang agar beliau tidak dipotong Bautista namun ketika Toprak mula untuk menjarakkan diri dari Bautista, beliau terjatuh dan terkeluar dari saingan. Tayar jentera beliau didapati gagal berfungsi dengan baik sehingga tekanan udara tayar hilang serta merta dan tayar hampir terkeluar dari rim.
Dari data jentera dan ‘footage’ ketika kejadian itu berlaku, pasukan telah memajukan aduan kepada pengeluar rasmi tayar perlumbaan, Pirelli. Kini kualiti tayar baharu Pirelli dipersoal oleh beberapa pelumba serta pasukan didalam saingan WorldSBK.
Berdasarkan laporan awal dari Pirelli, tiga pelumba bersama jentera WorldSBK mereka berdepan dengan masalah ‘blister’ atau melecur yang sangat teruk apabila menggunakan tayar spesifikasi baharu Pirelli, C0567. Mereka adalah Jonathan Rea, Remy Gardner dan Toprak.
“ Dari tiga kes yang terjadi kepada pelumba-pelumba ketika perlumbaan kedua, kadar lecur tayar pada jentera Rea dan Remy agak kecil dan tidak mengganggu prestasi jentera namun tidak pada tayar jentera Toprak. Kadar lecur yang banyak dikesan pada tayar C0567 pada jentera Toprak serta tekanan angin hilang serta merta. Ianya tidak sepatutnya berlaku dan pihak Pirelli akan melakukan ujian mendalam untuk mengenal pasti punca sebenar kegagalan tayar ini berfungsi dengan baik” - Pengarah Perlumbaan Permotoran Pirelli, Giorgio Barbier
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment