- Get link
- X
- Other Apps
Pasukan MotoGP Mooney VR46 yang diteraju oleh orang kanan Valentino Rossi, Alessio Salucci atau lebih dikenali sebagai Uccio kini memasuki musim kedua bersama jentera Ducati. Walaupun berstatus pasukan satelit dan mengoperasikan jentera yang berteknologi setahun kebelakang, Marini dan Bezzecchi beraksi dengan cemerlang.
Marco Bezzecchi yang telah memenangi dua perlumbaan MotoGP musim ini dengan menggunakan jentera Ducati GP22 sempat menduduki tempat kedua carta kejuaraan namun turun ketempat ketiga selepas terjatuh didalam saingan BritishGP tempohari. Dengan prestasi beliau yang sangat baik, khabar angin mengatakan beliau akan ditempatkan di Pasukan Pramac musim hadapan bersama jentera kilang Ducati.
Jika ini berlaku, pasti tempat di Pasukan Mooney VR46 akan kosong dan Uccio serta pasukan agak berat untuk melepaskan bintang mereka sewenang-wenangnya. Bercakap kepada media mengenai situasi ini, Uccio dengan nada berseloroh inginkan Franco Morbidelli didalam pasukan Mooney VR46 jika beliau tidak dapat mengekalkan Bezzecchi. Perihal ini juga diperkuatkan dengan penyataan Paolo Ciabatti yang berpendapat bahawa Franco amat sesuai berada dibawah Ducati.
Persoalan sokongan jentera Ducati terhadap Pasukan Mooney VR46 juga timbul apabila dikhabarkan Ducati tidak akan membekalkan jentera terkini kepada pasukan musim hadapan, hanya kekal pada GP22. Uccio berharap dengan melepaskan Bezz kelak dapat membuka peluang untuk pasukan mengoperasi jentera GP23 ataupun GP24.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment