Moga cepat sembuh Toto.


Toto Wolf mengambil kesempatan musim cuti panas ini keluar bercuti bersama isteri serta anak beliau,Jack.

Namun Toto mengalami kecederaan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti berbasikal gunung. 

Perkara ini didedahkan oleh isteri Toto, Susie Wolf dalam laman Instagram beliau yang berkongsi beberapa gambarnya dengan bos Mercedes itu pada Ahad. 

Dalam ayat terakhir perkongsian di laman Instagram, Susie ada menyebut," Gambar terakhir menunjukkan bagaimana aktiviti berbasikal berakhir buat Toto."

Ini bukanlah kali pertama Toto mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti masa lapang. Pada tahun 2014, Toto mengalami kemalangan bersama rakan berbasikal beliau di laluan Sungai Danube di Hungary.

Akibat daripada kemalangan itu, beliau mengalami kecederaan di bahagian siku, bahu, tulang selangka dan pergelangan tangan.

Susie menggelarkan beliau 'Totonator' selepas pergelangan tangannya terpaksa dimasukkan besi susulan daripada kecederaan yang dialami. 

📷 Autosport

Teruskan Bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us