- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Johan Zarco antara pelumba MotoGP yang boleh dikatakan agak lama bertahan. Tahun ini merupakan tahun ke-7 beliau bersaing di kategori tertinggi MotoGP dan pernah memacu 4 jentera berbeza. Pengalaman berlumba dengan pelbagai jentera membuatkan dirinya lebih memahami saingan di arena MotoGP ini.
Untuk pengetahuan kita semua, terdapat 2 bintang yang diabadikan pada nombor '5' yang digunanya kini membawa maksud jumlah gelaran juara dunia yang disandangnya. Keduanya datang ketika beliau bersaing di kategori Moto2 iaitu pada Tahun 2015 dan 2016. Kekuatannya ketika itu dilihat amat utuh maka pada Tahun 2017 beliau mula diangkat ke kategori perdana oleh Pasukan Tech3 Yamaha.
Permulaan yang baik dengan jentera Yamaha memperlihatkan beliau seakan bukan seorang rookie oleh kerana kemampuan memberi tentangan kepada pelumba-pelumba berpengalaman yang lain seperti Rossi, Marc, Lorenzo dan Dovi. Ramai pihak yang memandangnya sebagai seorang jaguh yang mana berpotensi besar untuk merangkul gelaran juara dunia MotoGP.
Walaubagaimanapun hingga ke saat ini Zarco belum lagi mampu mencatat sebarang kemenangan di kelas perdana. Biar pun sedang bersama Ducati yang mana dilihat jentera yang paling baik namun tetap juga tidak kesampaian untuk menjejakkan kaki di atas podium pertama.
Seperti yang kita ketahui Ducati ialah satu pengeluar yang mementingkan kemenangan. Hanya pelumba yang berpotensi untuk merangkul gelaran juara dunia sahaja yang diberi tempat dan peluang untuk berada di bawah bumbung mereka. Hatta Dovi dan Lorenzo pun tidak dipertahankan setelah mana dilihat tidak cukup bagus untuk menjadi nombor satu.
Keadaan Zarco kini juga dilihat seperti Andrea Dovizioso yang mana dinilai telah berada di had kemampuan maksimum untuk terus maju. Oleh sebab itu buat tahun hadapan kontraknya berkemungkinan besar tidak disambung oleh Ducati dan desas desus ini telah kencang bertiup. Seperti yang dikatakan Ducati tidak berminat kepada 'the second best' dan hanya menyimpan 'the best'.
Comments
Post a Comment