On x on?


Honda antara pengeluar yang banyak melabur dalam hal membayar gaji para pelumba mereka. Buat masa ini pelumba utama mereka iaitu Marc Marquez ialah individu tertinggi dibayar dikalangan pelumba MotoGP dengan nilai lebih €20 juta setahun. Pengeluar lain yang turut memberi habuan tinggi buat pelumba ialah Yamaha manakala bagi Ducati dan Aprilia pula tidak sebegitu.

Johan Zarco yang kini dilihat bakal menamatkan kerjasama dengan Ducati bermula hujung tahun ini merupakan calon terbaik buat Pasukan LCR Honda untuk dijadikan pelumba mereka setelah mana satu tempat kosong telah tersedia selepas pengumuman Alex Rins menyertai Yamaha pada Tahun 2024.

Walaupun tidak dinyatakan jumlah Bayaran yang ditawarkan oleh HRC namun ia dipercayai berganda-ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa yang diberi oleh Ducati. Pun begitu persoalannya adakah Zarco akan menerima tawaran tersebut memandangkan jentera Honda sekarang antara yang terlemah dan dilihat amat sukar untuk menyerlah? Namun jika difikirkan tentang karier maka mungkin ini yang terbaik memandangkan tidak banyak pengeluar lain yang inginkan khidmat beliau lagi terutama KTM.

Comments

Follow Us