- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara atau Pertamina merupakan syarikat minyak dan gas asli milik Kerajaan Indonesia. Ditubuhkan pada tahun 1957 di Jakarta, Pertamina merupakan syarikat minyak ketiga terbesar di Indonesia, dibelakang ExconMobil dan Chevron Pacific Indonesia.
Sejarah Pertamina didalam sukan permotoran dua dan empat roda amatlah panjang namun semenjak menjadi penaja utama Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika pada tahun 2021, Pertamina turut bekerjasama dengan Pasukan Mandalika Racing Team didalam saingan Kejuaraan Dunia Moto2 dan CEV Moto2.
Bagi mengharungi musim 2024, Pertamina dikhabarkan sedang berusaha untuk menjadi penaja utama Pasukan Gresini Racing bagi kelas perdana MotoGP dengan menetapkan syarat utama mereka iaitu menempatkan Marc Marquez sebagai pelumba utama pasukan tersebut.
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Pertamina ataupun Marc didalam perihal ini namun jika dilihat dari keupayaan serta kekuatan kewangan Pertamina, ianya tidak mustahil.
Teruskan bersama Two Wheels..!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment