Yamaha perkenal R1 Race

"Pecco bimbang pada saya, bukan Bezzecchi". - JM89


Jorge Martin adalah antara pelumba muda yang harus diberi perhatian. Penampilannya yang kian bagus dan prestasi juga semakin meningkat, beliau yakin bahawa gelaran juara dunia masih terbuka buat dirinya.

Martin ketika ini berada di kedudukan kedua keseluruhan di bawah Pecco dengan perbezaan pungutan mata sebanyak 62. Walaupun Pecco kini telah memenangi perlumbaan sebanyak 5 kali namun konsistensi daripada Martin membuatkan mereka berdua tidak terpisah begitu jauh.

Yang dilihat bersaing hebat dengan Martin kini ialah Marco Bezzecchi di mana mereka berdua hanya berjurang sebanyak 6 mata di mana Bezzecchi sekarang berada di kedudukan ketiga keseluruhan.

Bagi Martin beliau tidak begitu risaukan Bez kerana beliau yakin kemaraan dirinya akan terus membuatkan Bez ditinggalkan. Walaupun pada statistik melihatkan Bez memenangi perlumbaan lebih banyak iaitu 2 kali dan podium juga lebih tinggi iaitu 5 kali berbanding Martin yang hanya menang sekali dan podium 3 kali, namun sekali lagi Martin menekankan bahawa dirinya lebih konsisten pada setiap litar yang ada. 

Dengan pengalaman dirinya di MotoGP dan Ducati yang lebih lama berbanding Bez maka Martin amat yakin bahawa dirinyalah yang harus diberi perhatian dalam usaha menyekat kemaraan Pecco untuk merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua.

Comments

Follow Us