Yamaha perkenal R1 Race

Pelumba MotoGP eSports Malaysia Dilamar Pasukan MotoGP?

šŸ“·MotoGP

Kami mendapat desas-desus bahawa salah seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya melayakkan diri melalui Saringan "PRO-DRAFT". 

Terkini, beliau dikatakan telah dilamar oleh sebuah pasukan MotoGP bagi tempat "eSport Rider" mereka menjelang saingan MotoGP eSport Global Series yang akan bermula Ogos hingga November ini.

Menurut senarai kelayakan yang boleh kita lihat di Laman rasmi MotoGP eSport, terdapat dua(2) pelumba Malaysia yang layak mengikut pungutan mata iaitu Eiky dan Khairi Haziq. 

Sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi buat masa ini diumumkan oleh mana-mana pasukan MotoGP mahupun dari Kelab Sukan Elektronik MEM (sebuah kelab e-sukan yang menguruskan perihal pelumba MotoGP esport di Malaysia).

Jika perkara ini benar, pelumba ini akan menjadi pelumba Malaysia pertama yang layak ke MotoGP eSport Global Series setelah beberapa kali rakyat Malaysia layak dalam saringan namun tidak ditawarkan kontrak oleh mana-mana pasukan pada tahun-tahun terdahulu.

Comments

Follow Us